Salam sayang,
Buat pembaca blog mysweetdrawer, salah satu hasil kerja kami telah mendapat ulasan di web akuislam.com. Alhamdulillah. Jom kita baca apa katanya ---> artikel asal di sini
Cuba ingatkan kembali dalam sepanjang hidup kita ini, pernahkah kita memberi hadiah kepada seseorang?
Tahukah anda bahawa Baginda Rasulullah SAW juga menganjurkan supaya kita saling memberi hadiah walaupun sedikit. Hadiah tidak dilihat dari nilai harganya tetapi lebih kepada nilai maknawinya.
Sabda Rasulullah,
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang”
Kehidupan para ulama salaf juga penuh dengan perkara seperti ini. Mereka saling memberi hadiah, sekecil apapun bentuknya, kadangkala ada yang hanya berupa kurma yang belum masak, ada yang berupa setangkai bunga mawar, ada yang hanya berupa garam yang ditumbuk dan tumbuhan yang wangi harumnya.
Sekarang ini tidak susah, pelbagai hadiah boleh diberi. Jika kita masih tiada masa pun, masih ada cara untuk menyampaikan hadiah kepada orang yang tersayang..
Coklat Sebagai Hadiah
Kajian telah pun membuktikan bahawa coklat mempunyai phenylthylamines iaitu sejenis bahan yang mampu merangsang penghasilan hormon endorfin hingga membuatkan sesiapa saje yang makan coklat akan berasa gembira.
Apa tujuan kita memberi hadiah? Sudah tentunya untuk membuatkan orang yang menerima hadiah itu berasa gembira. Oleh itu, coklat adalah salah satu bentuk hadiah yang terbaik!
Coklat SMS : Hadiah Yang Mampu Menyentuh Perasaan!
Apa itu Coklat SMS?
Coklat SMS adalah satu produk yang berasaskan coklat berkonsepkan ucapan seringkas SMS. Pelanggan boleh request apa sahaja ayat atau mesej yang hendak disampaikan, diatas coklat tersebut.
Semenjak Mei 2012, beratus – ratus unit Coklat SMS telah memberi senyuman kepada ramai orang. Siapa yang tak tersentuh apabila menerima hadiah coklat yang tertulis ucapan yang ditujukan kepadanya.
Mungkin hadiah Coklat SMS ini juga bakal menciptakan salah satu saat terindah dalam hidup anda!
.
Keistimewaan produk Coklat SMS ini adalah:
- Disimpan dalam sebuah kotak gift yang ekslusif dan kalis cair
- Coklat homemade yang berkualiti tinggi, yang disusun membentuk ungkapan kata yang indah dan bermakna
- Sesuai untuk menyampaikan mesej kekeluargaan, cinta, persahabatan dan dakwah
- Pembeli boleh menempah perkataan sendiri !
Produk yang diusahakan oleh Puan Syazana Abdol Rahim ini terdapat dalam dua jenis:
- Coklat SMS 3 layer (RM 30)
- Coklat SMS 2 layer (RM 20)
Selain itu, pihak Coklat SMS juga membuat produk lain seperti coklat oreo, coklat lolly, coklat praline, coklat hantaran, coklat pertunangan, coklat hari jadi, coklat ketupat, dan coklat twilight.
Coklat SMS adalah sangat sesuai sebagai hadiah perkahwinan, ulangtahun perkahwinan, hari lahir, hari guru dan sebagai tanda minta maaf.
Antara contoh ucapan yang biasa ditempah adalah:
- Salam Ramadhan
- Selamat Hari Raya
- Selamat Pengantin Baru
- I love U Mama dan Abah
- I am Sorry Kak Long
- Happy Birthday Abah
- Selamat Ulang Tahun Abah Dan Mama
dan beribu – ribu perkataan lain lagi !
Tempah Sekarang!
“Pak Ramli selalu cakap, kebahagian yang sebenar datang daripada memberi, bukan menerima.“
Kalau anda pernah tengok filem Setem, anda mesti pernah terdengar ayat diatas. Itu dialog Rashidi Ishak masa hujung-hujung cerita.
Ya, Hadiah merupakan bukti rasa cinta dan bersihnya hati, padanya ada kesan penghormatan dan pemuliaan. Masih belum terlambat untuk kita memberi hadiah kepada orang lain.
Jika kita belum pernah, mulakan dengan memberi hadiah. Dan hadiah Coklat SMS adalah pilihan yang bijak dalam menciptakan hubungan silaturrahim yang intim !
Anda juga boleh berhubung terus dengan Puan Syazana jika ada sebarang pertanyaan pada nombor 019-3190345, atau tinggalkan pesanan anda melalui link dibawah untuk menghubungi beliau secara emel
Berita baik ! Penghantaran Coklat SMS adalah ke seluruh Malaysia.
Peluang Menjadi Rakan Niaga Coklat SMS
Pihak Coklat SMS juga membuka peluang kepada mereka yang berminat, khususnya pelajar kolej dan universiti untuk menjadi ejen Coklat SMS secaradropship.
Komisyen menarik menanti anda dan ianya tidak perlukan modal !